twitter



Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang dikenali lantaran madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja .Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.
Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Pengabadian ini di lakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah(Al-Nahl)
Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah.
Firman Allah: (Q:16:68-69)
Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.
Madu yang di hasilkan oleh lebah terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan.
Proses Yang Dilakukan Oleh Lebah
% Kandungan Air
% Kandungan Gula
Peringkat pertama
55-60
35-40
Peringkat kedua
40-50
50-60
Peringkat ketiga
19-21
79-81

Proses ini memakan masa lebih kurang 3-5 minggu
Kandungan Madu Asli
%
Air
16-25
Gula (Devolose &Dextrose)
75-83
Sucrose
5
Dextrin ,Maltose &Gam
1-12
Galian (Abu) (Minerals)
0.25
Lain-lain
28.75
Sumber :Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.Risalah pertanian Bil 59"Panduan Memelihara Lebah Madu"

Kepentingan pemakanan madu lebah dan penjagaannya dari segi kesihatan amat berkesan dan mempunyai pelbagai khasiat. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukanya.
Madu lebah juga sesuai di amalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Mengikut ilmu kedoktoran hindu lama madu lebah mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda)sekiranya mengamalkan pengambilan madu lebah.
Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah.
Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat .Khasiat madu lebah antaranya:
  1. Digunakan sebagai ubat sakit perut. 
  2. Menghilangkan ketagihan dadah 
  3. Menghilangkan kahak. 
  4. Memutih dan menguatkan gigi.
  5. Menghilangkan kesan terbakar pada kulit.
  6. Menguatkan badan,bagi yang berumur.
Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri.
Walau bagaimanapun terdapat satu amaran bahawa madu tidak boleh dimakan bersama dengan tembikai.
Perihal mengenai madu lebah bukan saja terdapat dalam Al-Quran tetapi juga terdapat di dalam bible.

Kesemua makhluk yang terdapat di alam ini merupakan ciptaan Allah Yang Maha Agung .Kita sebagai hambanya yang di berikan akal fikiran untuk merenung serta berfikir akan kekuasaan Allah sebagai pencipta bagi semua yang terdapat di alam ini hendaklah bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang di berikan.
Kita diberikan makanan untuk meneruskan kehidupan di samping membuat amal kebajikan serta beriman kepada Allah. Semua ini adalah sumber rezeki daripada Allah untuk hambanya. Oleh itu kita sebagai hambanya haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang di kurniakan kepada kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mensyukuri nikmat dan pemberian Allah. Insya Allah.

0 komentar:

Posting Komentar

Tinggalkan komentar anda setelah membaca posting di blog ini, jangan lupa disertai identitas anda seperlunya.